Isnin, 25 Oktober 2010

Benih Buluh Madu untuk dijual

Benih buluh madu untuk dijual dengan harga yang amat berpatutan.

Apa yang anda dapat ??
- Harga yang amat berpatutan..cuma RM13 sepokok dalam polybag (sudah bertunas)
   Harga masih boleh dirunding bergantung kepada jumlah permintaan
- Penghantaran akan diuruskan. Kos penghantaran akan dicaj seminima mungkin
- Paling utama..nasihat percuma dari segi penanaman, penjagaan

Pengenalan Kepada Buluh/Rebung

As'sallamualaikum dan salam sejahtera...kepada yang ingin mengenali dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan buluh madu ini, sila baca dokumen di bawah ini. Semoga tuan/puan lebih memahami asal usul, kegunaan dan lain-lain. Selamat membaca.............

BULUH adalah antara tumbuh-tumbuhan yang dicipta mempunyai 1001 guna. Sejak zaman awal kehidupan manusia, buluh digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, masyarakat kuno sebelum terciptanya peralatan logam menggunakan buluh sebagai senjata tajam seperti tombak untuk melawan musuh, selain sembilu yang tajam turut digunakan untuk memotong sesuatu seperti pisau. Bentuk fizikal buluh yang beruas dan berlubang di dalamnya turut membolehkan ia digunakan untuk memasak nasi atau lemang.

Pokok buluh yang biasa terdapat di hutan khatulistiwa
Ia juga dijadikan bahan binaan utama untuk membuat kediaman masyarakat dulu kala dan kini ia masih digunakan Orang Asli, sama ada tiang, lantai, dinding dan alang bumbung. Bagi pengangkutan pula, beberapa batang buluh yang diikat boleh dijadikan rakit oleh penduduk yang tinggal di pinggir sungai atau laut.
Rebung adalah tunas muda dari pokok buluh. Rebung tumbuh dari akar pokok buluh / bambu.
Penduduk di Malaysia mahupun di Asia biasanya memanfaatkan rebung untuk makanan. Rebung buluh madu adalah sayuran yang boleh dimakan secara mentah/segar ataupun dimasak. Ia kaya dengan nutrien untuk keperluan badan dan komposisis kandungan nutrien bergantung kepada jenisnya.
Rebung memiliki kandungan, karbohidrat, protein dan 12 asam amino esensial yang sangat diperlukan oleh tubuh. Dengan memakan rebung secara teratur merupakan satu tindakan preventif untuk mengusir berbagai jenis penyakit termasuk barah.
Buluh juga digunakan dalam sektor pembuatan kraf tangan yang kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat, walaupun pada zaman moden ini menyaksikan pelbagai bahan baru dicipta.
Namun, peredaran masa, kemajuan dan perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan buluh semakin terpinggir dan di sesetengah kawasan ia agak sukar ditemui kerana pupus.
Di negara ini, buluh terdiri daripada pelbagai jenis dan ia berbeza mengikut saiz dan ketebalan mahupun warna kerana ada di antaranya yang hijau dan ada yang kuning.
Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Ia cuma tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Tempoh matang pokok buluh untuk penghasilan rebung juga singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.